SK BATU TUJUH

Email : skbtprk@yahoo.com

SEJARAH SEKOLAH

        Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh berasal dari sebuah sekolah pedalaman yang ditadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Sekolah asal ini didirikan di ata tanah rizab Orang Asli seluas 5 setengah ekar di perkampungan Orang Asli Puak Semai dan Senoi pada tahun 1958. Apabila muridnya mencapai lebih 60 orang, maka Kementerian Pelajaran (KPM) mengambil alih sekolah ini.

        Pada tahun 1960 KPM telah mendirikan sebuah bangunan baru dan sekolah ini berpusat di Sekolah Kebangsaan Kampung Pahang, Batu Tiga, Jalan Pahang, Tapah.Sek. Keb. Batu  Tujuh dan Sek. Keb. Batu 14 sebagai cawangan telah diasingkan dari sekolah pusat (Sekolah Kebangsaan Kampung Pahang). Pada 1 Ogos 1968 Sek Keb Batu Tujuh telah menjadi sekolah pusat dan Sek. Keb. Batu 14 menjadi cawangannya.En Ghazali bin Haji Isa telah dilantik sebagai Guru Besar yag pertama.

       Pada 1hb Januari 1985, Sek. Keb batu 14 telah dipisahkan dan menjadi sebuah sekolah yang berasingan. Pada tahun 1986, satu lagi bangunan (dua tingkat) telah didirikan kerana bilangan murid telah bertambah seramai 200 orang.Kntin pula dibina pada tahun 1989.

       Pada 14 Oktober 1992, Kementerian Pendidikan telah meluluskan pembinaan bangunan tambahan yang terdiri daripada empat buah bilik darjah secara gotong-royong. Dalam Julai 1994, Kerajaan telah membina satu lagi bangunan tambahan yang juga terdiri daripada empat buah bilik darjah.

       Satu bangunan tiga tingkat yang menempatkan pejabat, bilik guru, pusat sumber, makmal sains dan bilik muzik telah siap dibina pada 12 Jun 1999.Satu bilik darjah diubahsuai untuk dijadikan Bilik Komputer dan sebanyak 21 buah komputer telah dibekalkan kepada sekolah pada masa itu.

 

  Glitter Text Generator